Bahasa Perak | Galeri Foto | Jualan | Pantun | Pengenalan | Perakaunan | Tekateki
MEE REBUS | |
300 gm udang segar } hingga 300 gm tulang daging } empuk 80 gm kacang tanah 80 gm kacang parpu 2 biji ubi kentang 15 biji cili kering - digiling lumat 2 sudu asam jawa - diambil airnya 3 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 2 sudu besar minyak masak sedikit daun sup dan daun bawang garam secukup rasa. 600 gm. taugeh - dicelur 5 keping tauhu (takua) 5 biji telur ayam - direbus Bawang goreng cili merah - dihiris halus Daun bawang dan daun sup - dihiris halus Sos cili dan sos tomato Kicap dan serbuk lada hitam Oleh: |
Udang dibuang kulit, direbus dan digiling sehingga lumat. Kacang tanah dan cabai kering digoreng tanpa minyak sehingga rapuh lalu digiling berasingan sehingga lumat. kacang parpu dan ubi kentang direbus sehingga empuk lalu digiling berasingan sehingga lumat Gaulkan udang, kacang tanah, kacang parpu dan ubi kentang yang kesemuanya telah digiling berasingan tadi. Bawang merah, bawang puteh dan daun bawang serta daun sup dipotong halus sebagai bahan penumis. Panaskan minyak, kemudian masukkan bahan-bahan penumis tadi. Setelah itu masukkan cili kering yang telah digiling tadi. Apabila naik baunya, tuangkan air rebusan daging tadi. Sesudah itu masukkan bahan-bahan yang sudah digaul tadi. Akhir sekali masukkan air asam jawa dan garam secukupnya. Biarkan sehingga mendidih. Kemudian bolehlah diangkat. Kemudian masukkan tauhu goreng yang telah dipotong nipis Selepas itu masukkan telor rebus yang telah dipotong Masukkan daun bawang, daun sup dan cabai yang telah dihiris Taburkan bawang goreng keatasnya Akhir sekali tuangkan kuah keatasnya sebanyak yang dihendaki Sos tomato, kicap dan serbuk lada bolehlah ditambah jika perlu. Latifah Abdul Rahman |
Bahasa Perak | Galeri Foto | Jualan | Pantun | Pengenalan | Perakaunan | Tekateki